Monday, December 18, 2017

Soto Mummy Pompom

Posted by Unknown at 2:30 AM
Ni resepi soto peruz atas permintaan bersama utk dikongsikan.. semoga bermanfaat. ❤

*Bahan A:*
I ekor ayam – potong 4

*Bahan B:*
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga (5 sekawan)
1 cawan santan pekat

*Bahan Kisar:*
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

3 batang serai - ketuk

*Cara cara:*

Rebus bahan A bersama akar daun sup sampai empuk. Simpan air rebusan ayam berkenaan dan keluarkan akar. Ayam racik untuk dihidangkan kemudian.

Tumis 5 sekawan dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai. Masukkan santan dalam kuah mendidih kemudian garam. Ikut citarasa masing-masing nak masin atau tidak.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap.

*Sambal Kicap Arwah ayah style:*

Segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi diambil jusnya - kalau untuk jual boleh gantikan dgn 1 sudu kecil cuka makan untuk tahan lama.
Kicap lemak manis jenama enaq (non GMO)
Gula

Goreng bawang putih bersama cili api dalam 2minit sahaja. Toskan. Masukkan ke dalam blender bersama gula dan jus limau kasturi, kicap secukup tenggelam. Sedikit gula.. Blendkan bersama..

*Bahan bahan Lain:*
Taugeh – celur boleh, tak celur pun boleh
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soo hoon goreng _(jgn cuci, terus digoreng)_
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil

Resepi Asal yg mummy olah..
Kredit to : Azie Kitchen
Gambar : Google



0 comments:

Post a Comment

 

Mummy Qnin'S Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review