Tuesday, December 26, 2017

Mood Republik!!!

Posted by Unknown at 12:01 AM 0 comments
Pergi jalan2 kt mood republik.. semua kedai retis2 glamer ade.. semua kedai aku p survey brg2.. hmmm.. xdelah murah manepn harga brg2 dy.. sbb glamer jumpe retis2 je.. sepanjang ke mood republik la byk kedai2 jual makeup la.. pakaian la.. produk2 sdiri la.. natural la.. ape la.. aku hanya tertarik dgn makanan je.. so jgn tnye la knp aku gemok.. ahahahaha... nampak x berasap2 aku makan beskot tu.. puas hati...



Monday, December 25, 2017

Menu Simple From Mummy!!!!

Posted by Unknown at 11:53 PM 0 comments

Malam ni makan menu simple2 je.. 




Monday, December 18, 2017

Sos Steamboat ala Johnys

Posted by Unknown at 2:35 AM 0 comments
Sekali lg sy berkongsi resepi sos steamboat ala Johnny's.

Bahan utk sos ala johnnys...

8 tangkai lada merah
4 ulas bawang putih
5 sb minyak bijan
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh
5 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap * mummy pakai kicap manis jalen..i loikeee
1/2 cawan air
1/2 sb sunquick * mesti pelik kan..hehe..kat sini la yang bagi rasa masam n pekat dia..
(Blender semua)

Bijan * disangai dulu yer
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos..kalau sos mcm da pekat takyah letak pun takpe ye..
Daun ketumbar * racik halus
Garam dan gula secukup rasa * yang ni takde sukatan..korang kene rasa n tambah sendiri..penat la mumy nak tolong rasakan..

Lebur semua bahan2 yang diblender ke dalam periuk.. kecuali ketumbar dgn bijan yg disangai.. masak lebih kurang 20min... masukkan bijan dgn daun ketumbar yg da diracik dan hidangkan..

Nak pesan bagi yg ade ank2 kecil nak makan, cuka tu boleh ganti sepenuhnya dgn sunquick..

Terima kasih yg telah mencuba dan tag kredit to me.. terasa dihargai..

Gambar kredit to : Google




Soto Mummy Pompom

Posted by Unknown at 2:30 AM 0 comments
Ni resepi soto peruz atas permintaan bersama utk dikongsikan.. semoga bermanfaat. ❤

*Bahan A:*
I ekor ayam – potong 4

*Bahan B:*
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga (5 sekawan)
1 cawan santan pekat

*Bahan Kisar:*
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

3 batang serai - ketuk

*Cara cara:*

Rebus bahan A bersama akar daun sup sampai empuk. Simpan air rebusan ayam berkenaan dan keluarkan akar. Ayam racik untuk dihidangkan kemudian.

Tumis 5 sekawan dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air rebusan ayam dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai. Masukkan santan dalam kuah mendidih kemudian garam. Ikut citarasa masing-masing nak masin atau tidak.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap.

*Sambal Kicap Arwah ayah style:*

Segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi diambil jusnya - kalau untuk jual boleh gantikan dgn 1 sudu kecil cuka makan untuk tahan lama.
Kicap lemak manis jenama enaq (non GMO)
Gula

Goreng bawang putih bersama cili api dalam 2minit sahaja. Toskan. Masukkan ke dalam blender bersama gula dan jus limau kasturi, kicap secukup tenggelam. Sedikit gula.. Blendkan bersama..

*Bahan bahan Lain:*
Taugeh – celur boleh, tak celur pun boleh
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soo hoon goreng _(jgn cuci, terus digoreng)_
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil

Resepi Asal yg mummy olah..
Kredit to : Azie Kitchen
Gambar : Google



Makanan Simple yg Mabeles!!!!

Posted by Unknown at 2:14 AM 0 comments

Ya Allah.. nyaman sgt makan mcmni.. telur goyang.. kicap.. nasi.. 2 btg cili.. kikiki.. aku bukan la penggemar telur.. tp da lapor sgt mcmni pn jd sedap la weh.. peerrrggghhhhh!!! Mantop!!!!

Madu Lebah Bersarang

Posted by Unknown at 2:11 AM 0 comments
Nk wt review sikit pasal madu ni.. nyum.. mmg sedap nikmat same mcm yg kian diperkata dibibir2 penggemar madu lebah ni la.. Texture dy mmg menggoda dan memikat jiwa.. cume manis leting la weh.. apepn terbaik.. aku beli rm50 je.. 

Klu korang nak beli boleh la klik pd website yg aku bg nanti k..





Saturday, December 16, 2017

YA ALLAH!!! Sakitnya hati ini..

Posted by Unknown at 3:11 AM 0 comments
Salam semua.. 

Berjumpa plak kita kali ni.. aku pun tak tau la ape yg aku kne rase. 10 tahun da berkhidmat dalam perkhidmatan awam ni. Biasa la.. semua tempat xde la bnde indah2 pn.. tambahan pula bkerja dengan manusia. hati pn lain-lain. Ntah la xtau aku nk kne rase ape dengan ape yg aku kne ni.. nk rs indah sgt2 ke atau sakit sgt2.. ye la.. aku akui aku pn mulut jnis lepas je.. aku pn xkisah la klu jnis org lepas je.. ni jgn nampak baik tiba blkg aku ko tikam2 aku sampai hancur.. Kadang org yg kita sanjung n puji tu la kita langsung jangan percaya.. ye.. aku akui aku buat keje mmg lambat.. peel aku mmg uhahuhahuhahuha..sampai kate aku byk main. sori.. aku mmg xpndai nk jd fake acah2 baik.. aku mmg kasar.. maaf sgt2 la selama ni ade yg trs dengan aku. yelah silap2 aku sebelum ni secara langsung atau tidak. selepas ni mmg aku xnk campur dgn sape2.. sbb takut.. so dok diam2 je la..
 

Mummy Qnin'S Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review